Turning Seven oleh Irmy Umaira

Dah nama pun blog for the kids, so inilah updatenya untuk besday Umaira yang lalu. Actually, we went to cousin Daddy's wedding in Perak during her birthday. Kebetulan hari yang sama. And nasib baik anak sulung bukan jenis diva nak celebrate birthday hari tu jugak, walaupun sebenarnya Mummy yang rasa kesian kat anak sebab takde proper birthday singing session and cake when she turned seven. Mama papa rajin celebrate my birthday masa kecik2 dulu, so memang dah jadi tabiat dalam keluarga. Asal birthday jek mesti nak ada kek.

And actually, nyaris tak terbuat birthday party ni yang direncanakan sebab satu, none of Umaira's classmates to whom she sent the invite to RSVP-ed, and dua masa kitorang balik dari Perak tu tengok dapur banjir. Air from tangki overflowed bagai nak rak. Masa tu plak bibik pi Cheras, so memang takde orang kat rumah nak tengokkan. Dah satu keje nak ngemas, and Daddy kena panjat bumbung malam2 betulkan the pelampung. Haihh... Tapi sebab ada sorang kawan dia bagitau nak datang, kami pun sediakan secara ala kadar, and I texted my friends. Sesiapa yang ada kesempatan silalah datang. So Zura and family came too.

It was not a big birthday party but it was good enough for us, though tak leh blah lah rasa kechiwa di hati ini. Sob! I promise a better party for you ya Umaira. Mwahs!


So here are the attendees. Tiga memang penduduk tetap rumah kecik tu and Alyssa, kawan baik Umaira since kindy. Though she wasnt well, but she braved thru the party sambil layan kegedikan aunty Nida hehehehehe... Good girl lah you! And I absolutely LOVE this picture sebab everyone look so yomey yomey.

Here's the cake. Asalnya nak buat kek Angelina Ballerina, tapi nak buat tempahan yang sebenar memakan harga yang agak terlampau. So terpaksalah buat kek gini kat Berry's. Takpelah, takde Umaira nak complain "Napa beli kek murahan?" If she did, memang Mummy bagi makan meja jek kang.

Atas permintaan ramai, buatlah games serba skit. Yang ni dipanggil Pass The Rubber Band With The Straw (macam lagu omputih plak). I learnt this thru own experience masa dok rajin pi besday party kecik2 dulu. Rajin woooh pi besday parties. Jenis mak pak tak join punya, just us kids. It was super fun. Dulu pernah main game ni dipaksa duduk dengan this guy yang katanya minat bebenor ngn Mummy masa tu (dalam tingkatan gitu lah). So masa nak passing getah tu memang dok tersipu-sipu macam siput lah masing2 kan. Lagi plak kena sorak ngn kengkawan, siut jek. Haiiih...Kelako!

Ni group foto jenis Daddy amik gambar Mummy, then Mummy amik gambar Daddy. Takkan nak suh Bibik plak amik, jahanam plak kamera tu. Percayalah!


Aktiviti seterusnya, sebaik saja ketibaan Fiona Zara semua nak main painting painting plak dah. Layankan jek, sebab bahan pun ada. Atleast depa tak main kejar2 dalam rumah sempit tu. Ada jugak yang lari masuk bilik air jugak. Hehehehe...

Sebab ada sorang leh gantikan Mummy's place, so mainlah semula passing getah ni. Sungguh cute melihatkan aksi Fiona passing getah kat Umar yabam. Dan actually, we played another game which was the Statue Dance game menggunakan lagu Baby by Bieber sahaja (pasang lagu lain kena marah dowh). Tapi gambar2nya terlalu terlampau untuk ditayang di sini. Bukan budak2 yang terlampau, tapi Mummy yang kena jadi player yang terlampau wahahahahaha...

One of her favourite birthday gifts was from Daddy. Beli beg sekolah Barbie (sebut betul2) kat dia. Bukan main suka lagi and tak pasal2 tersudi cium muka Daddy yang cantik tu hehehehe...Selalunya sorry ya. I gave her books, as requested (lupa plak nak load kat sini). And we also thank Alyssa and Fiona and Thalia (Zura and Farief) for the lovely2 presents too. Also to tok mama and baba, aunty malyn too for the gifts. :)

0 comments:

Copyright @ My U!niverse | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger