A Date with Abang Misai

Dah alang2 kids takde weekend ni, memang peluang keemasan for us to spend time together. My Saturday was a bliss coz Daddy was at work, and I was home alone. I spent the morning doing some house chores. Macam satu kepuasan dapat kemas rumah sendiri, which I rarely get time to do, coz satu my helper wont allow it, and two, I get super lazy when she's around hehehe... Memang package lah bila kids go to Cheras, bibik pun akan ikut. So it was just me, my house, my pizza and my Grey's Anatomy (baru sempat layan 8 episod, but it was bliss!)

Bila Daddy balik kerja, baru leh buat gerakan berdua-duaan. We had dinner at Fat Spoon in Damansara Uptown. First time bawak Daddy ke sini. We both love the place, not so much of the food but the ambiance and decoration of the place. Sempatlah discuss what kind of decor we plan to put in our new house, bila dapat ongkosnya nanti.


Love this pic! We are both blackboard kids, zaman sekarang kat sekolah pakai whiteboard n marker u guys, dah tak jumpa dah chalk2 ni bagai. Kalau dapat tugasan cuci papan hitam, best wooooh...
This is what Daddy ordered, nama makanannya adalah Perut Ikan. Tapi sebenarnya nasi with ikan kembung goreng, papadom, ikan masin n a vege stew. Kalau ada sambal belacan lagi mantop kot. Apa pun, licin Daddy lahap. Lapar sangat and he's a ikan kembung man pun.

This was my dinner. It's called MoMo burger. Dihidang atas bekas pemotong ikan/ayam/sayur. Very unique. Nampak jek macam tu, sedap k! Isi dalam roti tu is daging. And we had iced coffee with ice cream. Pun leh layan. I wanted to try the Red Velvet cake tapi dah abis.

Lepas dinner, we went to get foot massage. Ingat boleh layan tidur lah sambil kena urut, tapi sebab pi gatai amik urut refleksologi, sory lah nak dapat tidur. Mengaduh2 ada lah. Padan muka. Gila kuat tangan minah from China tu. Malangnya she cant speak a word of English, so agak susah nak berkomunikasi. Sempatla tengok gelagat orang lain kat dalam tu.

Ada this lady, dia bawak maid dia pi berurut kat situ. I think the maid did shoulder massage kat a different room. Dahsyat sungguh, maid dimanjakan begitu sekali. Maybe the maid memang super tip top buat kerja rumah kot, so as a reward majikan belanja pi massage. Good for her. Perhatikan juga perangai maid tu. Yang kelakarnya, majikan dia tanya ok tak dapat kena urut, dia beria2 angguk kata sedap. Bila bos tanya sakit lagi ke kepala. Dan dan angguk cakap masih sakit. Hah! Nampak sangat auta. Boleh baca lah kalau ko kelentong. Orang kalau sakit kepala sangat tentu2 muka dah pucat, and muka dah senget2. Tadi takde plak ko nak buat muka sememeh, bila majikan tanya baru macam "ha ah la madam, saya sakit kepala lagi." Gediks. But I think her majikan pun smart jugak, sebab dia cakap "u dah dapat urut, balik nanti u urut bahu I ok." Hamik ko...

Macam-macam...

Dessert Is A Must, Especially Yummy Ones

Sementara masih menunggukan jawapan "emas" daripada heromalaya sorang ni (I waited already two weeks u know, what's another two hours, riiiiiigghhtt? pffthh), meh nak citer tentang makanan paling lazat minggu ni. (lihat gambar di bawah)



Caramel Cheesecake yang dijual di Nando's!!! Actually, my boss dapat the cake as press release from Nando's last week, so telah dikongsikan dengan anak2 buahnya. Tapi anak buahnya hat ni (sayalah tu) bolot sengsorang cheesecake ni sebab apa... KESEDAPAN! For RM7.90 it's really really really sedap k. My colleague dapatlah rasa ujung sudu skit (sebelum dirampas balik oleh saya hehehe), dia pun kesedapan dan berkemungkinan besar, she will go and buy them tonight, after I told her that I went to get them last night.

Even my kids love the cake. They're not a big cheese cake fan, but this one, memang berebut. Daddy pun merasa jugak, tapi lepas suapan ke tiga baru nak cakap not to his liking. Chisss... If tak suka, suapan pertama pun dah reject la darling.

Punyalah kesedapan, sampai gambar sedang makan pun tak sempat amik. Kalau korang tengok memang huduh suasananya sebab apa, tak dan2 amik proper dessert spoon, main belasah guna garfu bagak and pisau, leh? Gabungan rasa cheese tebal and caramel was just perfect! They have other desserts too I think, lepas ni nak try the chocolate cake plak. Huuhuhuuuu...

...And Thank You

To my darling daughter, Khadeja Ulfa for making me this for Mother's Day. I love it!!

(depan)

(and a lovely wish at the back. Smiles.)



I Shy But I Like

So gediks kan the title. But huhuhuhuuu... Usually I go interview people and help get their stories published, but today my experience as a working mom plak dipublish. A special thanks to Christina Chin, reporter and a great writer for The Star who email interviewed me a week back for a special piece on working moms n stay-at-home moms. It is out today, sempena Hari Ibu. To know more, read here.

Ni memang macam gambar suratkabo. Bila anak2 baca kisah diri sendiri kat paper. So the kids were admiring Aunty Chris' report. Umar dia kira nampak muka dia jek. We were reading this at our house in Shah Alam. Saja lepak situ lepas gi rumah aunty Neight for Idris' birthday, sekaligus gi gomoi baby Imaan. Lepak jenis sampai terlelap ya. It was so hot outside, and rumah tu sangatlah nyamannya. Krroooh, krrooooh...



Happy birthday Idris Rumi! He turns two today, makan kek paling mahal bak kata ibu dia. Takpelah ibu, bukan selalu ye tak. Sronok dapat jumpa Kak Ya gak. Last time jumpa masa I was the emcee for N8's wedding like 3 years ago! Looking good Kak Ya...!





Haaaa... Nampak sangat kekok pegang baby. Daripada elok2 budak tu tidur terus bangun penangan Aunty Nida hehehehe... Sorry ye Imaan yomey yomey. Siang2 tak elok tidur banyak, kesian kat ibu nak kena jaga Imaan memalam. I leps you!



Ni namanya gambar gedik dengan ucapan "Adakah handphone ini akan berubah wajah?" Tungguuuu....




And thank you Daddy and kids for taking Mummy out for mother's day dinner at SD Club. Food sangat sedap and selambak and harganya pun ehem, leh tahan you... Patutlah we ols jarang makan kat situ ya. And urmm... Kitorang jek kot yang agak terover nak pakai proper2 sebab nak masuk club. Tengok members kat situ selamba jek masuk pakai selipar and seluar pendek and siap duduk bersila makan. Aduuuh... Cacat la skit aura eksklusif kat situ. Apa daaa...?




To all my mommy friends out there, you are superheroes who will forever be superheroes. Happy Mother's Day!

Panasnya Weii..

Gila panas ari ni. Dah agak2 dah, jangan sangka hujan berhari2 akan kekal berhari2. Dah enjoy two weeks of perfect weather this, it feels like kemarau right now u know. KL is hawt!! Memang siang tak mampu nak buat apa2 (kecuali makan hehe). Nasib baik mama papa datang lepak sini, kalau tak memang Mummy hybernate je kang. But I didn't. Tried to fight my pemalas-ness. Lepas Maghrib tadi siap laju jek kemas bilik and cuci aircond, hamik ko! Malam ni leh tidur nyenyak dan lena dan tak sedar dunia.




So siang tadi, sebab dah kenit2 dok asyik kenen lapar jek, menandakan mereka tidak mahu makan di rumah, so we went out to dua kedai mamak. Satu the mamak resto to have maggi sup and ayaq2 es yang sodap. The next mamak is the barber. Masa utk potong rambut Umar!

Dari hari tu dah geram nak potong rambut dia. Tapi dah sibuk memanjang up to Malyn's engagement, so tak dapeklah kan. Tu pun dah nampak salon Mr Handsome kat Alam Budiman. Yer, nama dia Mr Handsome u ols! Keluar tak hensem tak tau la kan. Umar plak gi ngn Daddy, biarpun berjaya pau toy satu buat umpan potong rambut, tak menjadik. Dia sebenarnya kena guna cara saikologi, macam Mummy ni...




Cara berkesan bawak anak pi potong rambut, kenalah bagitau awal2. Ari ni Umar kena pi potong rambut k etc etc...Supaya dia faham, biarpun dia baru tiga tahun, dia pahaaammmm. And pakat dengan siblings dia yang lain suh puji dia jadi gila kacak and hensem macam --- (insert his favourite kartun karektor di sini) kalau dapat new haircut. We told him he'd look like Ultraman, padahal confirm2 Ultraman takde rambut, ada tanduk jek wahahahaa... Tapi dia setuju jek, laju jek masuk kedai mamak tu, menonong jek duduk atas kerusi. Kira taktik Mummy menjadik lah ya. Ehem!



Memang confirm budak2 kecik baya Umar ni takkan reti duduk diam time potong rambut. So you need to help the barber distract the child. Sememangnya bagus jika kedai2 sebegini ada wifi free sebab leh terus stream kartun favourite "mangsa" kat youtube. On terus ke cerita2 atau lagu2 kegemaran "mangsa." In Umar's case, I opened videos from Umaira's school concert dan a few videos yang tunjuk dirinya melalak, berguling atas lantai dan merajuk kena marah. Jadi kuranglah skit dia nak pikir pasal geli geleman bila mamak tu cukur rambutnya. (note, fon Mummy tua dan prepaid. So takde kemudahan akses internet secara sesuka ati. Boleh sebenarnya, tapi cheapskate. Hahahaha!)


Pertolongan sedemikian juga dapat menyenang dan melajukan kerja2 memotong. Kalau I didnt help the mamak, mau dua jam kendian setel potong rambut. Tapi satu hal la plak mamak tadi kan, gila teliti dia potong. And dua kali minta izin nak guna pisau untuk luruskan barisan2 rambut di belakang. Gilo ke apo? Confirm2 Umar dah rimas sebab lama and rambut2 kecik dah mula mencucuk2 kulitnya membuatkan ia gatal, lagi ko mau guna itu tajam punya benda? Ada gerenti tak benda alah tu tak melukakan teruna tunggal ku itu? Takde kan? Lupakan. Kalau I had to show almost 5 videos to Umar tu, gila lamalah ko membegger kan...


And nasib baikla Umaira n Ulfa pun ada to show moral support tadi. Umaira la paling best sbb siap cakap "Wowww...Umar dah hensem.." Padahal baru potong ekor turtle dia hehehehee...



So dah gonjenglah baby Mummy sekarang. Hensem tetap hensem. Kenapa? Sebab dia anakku, confirm2 lah kena cakap hensem, ahaks!


And oh, must check out The Sunday Star tomorrow, my reporter friend, Christina Chin wrote an article on Mother's Day and she interviewed me! Yeay! :))

So It's Thursday

Macam dah jadi satu tabiat "gediks", pepagi masuk tengok kengkawan pakai apa then syiok2 amik gambar. Like today, me, Zura and Zai pakai our Oxford shoes. All in different versions. And I am the only one wearing an actual adult size. Itu dua orang beli kat section kanak2, kaki midget versus kaki kapal wahahahahaa...
Quite obvious kan yang mana satu kaki kapal kan? Hehehehe... Termasuk kedai tu, dan ter-mintak nak try, tup2 takde saiz. And tup2 ternampak hat coklat kepam ni, dan ter-trylah plak saiz kaki kapal itu. Dan terasalah keselesaan yang amat (dok asyik bantai ballerina flats Crocs jek kan). Tengok2 harga, gulp! Mak aiii... I always tell myself, I hate spending so much for the feet, tapi yang niiiiiiiiiiii...? I almost wanted to tell the salesgirl to simpan lah balik dik, akak tak mampu. Tup2 abang misai plak kata, pejam mata amik je lah, dah you berkenan. Waaaaahhhh!! Biar benar?? Laju je lah melangkah ke kaunter kan...Zass zuss zass, it's MINE! Dah, lepas ni puasa kasut setahun!

Happy 5th Birthday Khadeja Ulfa

We reached the 5th milestone yesterday, my baby who was born on Labour Day. Budak yang lahir genap 10 bulan dalam perut. Pegghh... Dah ler lahir 10.11pm and at 3.78kg! My biggest baby by far. Siap Dr Idris terkeluar ayat "Eh, baby besar ni." right before she was born. Tak panik gue? She was so different during pantang, sebab Umaira was quite difficult to handle. But Ulfa jenis tidur sepanjang malam, mummy plak panik takut apa2 hal kang. And she's the only one who breastfed tills he was 7 months. And Mummy dapat rezeki pi Germany and Czech pun masa Ulfa baby. Daddy dapat naik gaji pun masa Ulfa lahir. Alhamdulillah sesangat. And kenit ni paling cepat bercakap, paling cepat membaca, paling suka drawing (atas kertas and dinding, grrr...) and paling manja. Umar pun tak manja macam dia.



Disebabkan we were busy with Aunty Malyn's engagement, Ulfa's birthday disambut agak sederhana. Sian la jugak coz she was expecting a birthday party like how we did for Umaira. Asalnya memang gitulah, Mummy dah order kek from this famous person sebab dok dengar kata her cake memang best bagai. Tup2 bila follow up one week before pick-up dia leh cakap takleh buat plak dah. Like heh? Kena la pangkah ye dak? End up, beli kek kat our fav cake shop and had dinner at Chili's bangsar. Sing-song with the crew. And ofcourse some birthday presents. Cuma tahun ni dia keluar statement "Ulfa taknak toys, nanti sepah. Ulfa nak books." Best, best, tapi Mummy plak gatai tangan pi beli toys kat dia this year. Apa daaaa?
Copyright @ My U!niverse | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger