Panasnya Weii..

Gila panas ari ni. Dah agak2 dah, jangan sangka hujan berhari2 akan kekal berhari2. Dah enjoy two weeks of perfect weather this, it feels like kemarau right now u know. KL is hawt!! Memang siang tak mampu nak buat apa2 (kecuali makan hehe). Nasib baik mama papa datang lepak sini, kalau tak memang Mummy hybernate je kang. But I didn't. Tried to fight my pemalas-ness. Lepas Maghrib tadi siap laju jek kemas bilik and cuci aircond, hamik ko! Malam ni leh tidur nyenyak dan lena dan tak sedar dunia.




So siang tadi, sebab dah kenit2 dok asyik kenen lapar jek, menandakan mereka tidak mahu makan di rumah, so we went out to dua kedai mamak. Satu the mamak resto to have maggi sup and ayaq2 es yang sodap. The next mamak is the barber. Masa utk potong rambut Umar!

Dari hari tu dah geram nak potong rambut dia. Tapi dah sibuk memanjang up to Malyn's engagement, so tak dapeklah kan. Tu pun dah nampak salon Mr Handsome kat Alam Budiman. Yer, nama dia Mr Handsome u ols! Keluar tak hensem tak tau la kan. Umar plak gi ngn Daddy, biarpun berjaya pau toy satu buat umpan potong rambut, tak menjadik. Dia sebenarnya kena guna cara saikologi, macam Mummy ni...




Cara berkesan bawak anak pi potong rambut, kenalah bagitau awal2. Ari ni Umar kena pi potong rambut k etc etc...Supaya dia faham, biarpun dia baru tiga tahun, dia pahaaammmm. And pakat dengan siblings dia yang lain suh puji dia jadi gila kacak and hensem macam --- (insert his favourite kartun karektor di sini) kalau dapat new haircut. We told him he'd look like Ultraman, padahal confirm2 Ultraman takde rambut, ada tanduk jek wahahahaa... Tapi dia setuju jek, laju jek masuk kedai mamak tu, menonong jek duduk atas kerusi. Kira taktik Mummy menjadik lah ya. Ehem!



Memang confirm budak2 kecik baya Umar ni takkan reti duduk diam time potong rambut. So you need to help the barber distract the child. Sememangnya bagus jika kedai2 sebegini ada wifi free sebab leh terus stream kartun favourite "mangsa" kat youtube. On terus ke cerita2 atau lagu2 kegemaran "mangsa." In Umar's case, I opened videos from Umaira's school concert dan a few videos yang tunjuk dirinya melalak, berguling atas lantai dan merajuk kena marah. Jadi kuranglah skit dia nak pikir pasal geli geleman bila mamak tu cukur rambutnya. (note, fon Mummy tua dan prepaid. So takde kemudahan akses internet secara sesuka ati. Boleh sebenarnya, tapi cheapskate. Hahahaha!)


Pertolongan sedemikian juga dapat menyenang dan melajukan kerja2 memotong. Kalau I didnt help the mamak, mau dua jam kendian setel potong rambut. Tapi satu hal la plak mamak tadi kan, gila teliti dia potong. And dua kali minta izin nak guna pisau untuk luruskan barisan2 rambut di belakang. Gilo ke apo? Confirm2 Umar dah rimas sebab lama and rambut2 kecik dah mula mencucuk2 kulitnya membuatkan ia gatal, lagi ko mau guna itu tajam punya benda? Ada gerenti tak benda alah tu tak melukakan teruna tunggal ku itu? Takde kan? Lupakan. Kalau I had to show almost 5 videos to Umar tu, gila lamalah ko membegger kan...


And nasib baikla Umaira n Ulfa pun ada to show moral support tadi. Umaira la paling best sbb siap cakap "Wowww...Umar dah hensem.." Padahal baru potong ekor turtle dia hehehehee...



So dah gonjenglah baby Mummy sekarang. Hensem tetap hensem. Kenapa? Sebab dia anakku, confirm2 lah kena cakap hensem, ahaks!


And oh, must check out The Sunday Star tomorrow, my reporter friend, Christina Chin wrote an article on Mother's Day and she interviewed me! Yeay! :))

0 comments:

Copyright @ My U!niverse | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger