Alhamdulillah, bukan nak apa2 tapi rezeki ada skit so insyaallah akan buat lah serba sederhana birthday party Umaira, who is turning 8 next week! Eight years? Macam tak percaya plak anakanda sulung dah besar panjang. Rasa macam baru jek jaga dia dalam pantang, yang jenis melalak dari kol 11pm sampai Subuh tu, sampai dah rasa-rasa boleh tidur berdiri kekadang tu. Sian jugak kat Mama yg kekadang kena MC from work sebab bergilir tolong pegangkan Umaira yang taknak kena letak tu. Pengorbanan ibu. And lagi best, ibu dan nenek tak tahan tu...
Menariknya tahun ni, Umaira seems more grown-up. Sayang adik tu Alhamdulillah sangat. Sampai adik belasah dia pun, she will tahan gegila. Memang dia dah diajar kena mengalah dengan adik. Tapi dalam ngalah tu kalau Mummy tengok memang adik (Umar lah tu) over cara belasah kakaknya, memang Mummy menyinga la kan.
And tang nak belajar pun rajin gak. Sekolah pagi petang tu. Kita kesian kat dia, tapi dia cool jek. Nasib baik jugak sekolah agama bukan jenis ada homework sebab awal2 Umaira dah cakap "Ustazah cakap takde homework nanti banyak sangat campur dengan skolah kebangsaan punya..." I love you lah Ustazah. Heh? Mummy plak yang excited.
Kalau bab pegi shopping, selagi kita tak suruh dia pilih she will keep quiet. Sukar sekali nak dengar dia cakap "Mummy can I have this?". Selalunya kalau Umar meraung (secara over) nak toy ke apa ke yang dia berkenan sangat, kakak2 termasuk Ulfa akan telan air liur jek. And you can actually see them telan air liur k. So memang kenalah beli for everyone, kalau Mummy ada rezeki lebih...
When people say girls are easier to take care, I can actually say they are right. Setakat ni Alhamdulillah... And I really hope things will continue that way. Aaaammmiiiiiinnn....
a good age
2 years ago
0 comments:
Post a Comment